Imej
  SEJARAH & ASAL USUL NAMA SABAH Asal-usul nama ‘ Sabah ’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah  pisang  yang dipanggil " SABBAH  " atau " SAPPAH " oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.  'Pisang saba'  juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat  Bajau  di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan  British  lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api. Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Bor...

 


Biodata Rentap
  • ·         Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak
  • ·         dilahirkan tahun 1800
  • ·         nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
  • ·         Rentap juga digelar ‘Raja Darat’
  • ·         merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
  •  

Kisah Perjuangan Rentap

  • ·         Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.
  • ·         James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
  • ·         tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

 
James Brooke
  • ·         1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
  • ·         pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
  • ·         kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
  • ·         1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
  • ·         pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
  • ·         perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
  • ·         tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok

Charles Vyner Brooke


  •  Meriam ini mendapat nama Bujang Timpang Berang kerana bahu sebelah kanan pada meriam telah patah
    • ·         Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
    • ·         Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
    • ·         tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
    • ·         kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
    • ·         tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
    • ·         pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
    • ·         James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
    • ·         James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
    • ·         Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timpang Berang’ untuk menentang pasukan Brooke


    • ·         Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

    Ulasan