Catatan

Imej
  SEJARAH & ASAL USUL NAMA SABAH Asal-usul nama ‘ Sabah ’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah  pisang  yang dipanggil " SABBAH  " atau " SAPPAH " oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.  'Pisang saba'  juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat  Bajau  di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan  British  lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api. Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Bor...
Imej
  RENTAP Biodata Rentap ·           Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak ·           dilahirkan tahun 1800 ·           nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’ ·           Rentap juga digelar ‘Raja Darat’ ·           merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas   Kisah Perjuangan Rentap ·           Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. ·           James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban ·           tindakan James Brooke menghapuskan penempatan or...
Imej
  Pahlawan Negara: Kanang anak Langkau KANANG ANAK LANGKAU - PAHLAWAN NEGARA Wednesday, August 22, 2007 Agustine, Evelyn, Merylin, Puline, Judith  dan  Langge , saya amat berbangga dapat bertemu dengan ayah saudara-saudari,  Kanang anak Langkau  di  Perhimpunan Perdana Veteran Merdeka di Melaka  pada 17 Ogos lalu. Saya yakin anda semua juga berbangga mempunyai seorang bapa yang dihormati kerana darah kepahlawanannya terbilang dalam mempertahankan bumi bertuah ini. Ibu anda,  Helen Latai Ini , pasti beruntung memiliki suami yang keberaniannya amat luar biasa. Tidak hairanlah kerajaan memberikan dua anugerah kepahlawanan tertinggi negara iaitu  PGB  dan  SP  kepadanya. Mengikut Kanang beliau adalah satu-satunya pahlawan negara yang mendapat dua anugerah itu yang diberikan kepada anggota pasukan keselamatan yang terbilang. Kanang dianugerahkan  Panglima Gagah Berani (PGB)  pada 1980 dan  Seri Pahlawan Gagah Perkasa ...
Imej
  Bab 3 Sarawak Di Bawah Pemerintahan Brooke ( 1841—1941 )           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini, anda seharusnya dapat: Menerangkan bagaimana Sarawak diserahkan kepada James Brooke. Menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil wilayah kesultanan Brunei. Menyenaraikan perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pemerintahan Brooke. Mengambil iktibar dan berasa bangga dengan sumber ekonomi negara kita yang menarik kedatangan kuasa barat. Ringkasan Bab ini menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil dan memerintah Sarawak. Kekayaan Sarawak menjadi pendorong kepada James Brooke untuk mengambil Sarawak. Pada tahun 1839, Sarawak yang dimaksudkan dengan kawasan di sekitar Kuching, adalah wilayah kesultanan Brunei. Ia berada di bawah kawalan Pangeran Mahkota. Sarawak menjadi bertambah penting kerana perniagaan antimoni yang dilombong di Bau. Perniagaan kawasan ini dengan Singapura amat maju. Pemerintahan Peng...